BUKAN UMUR YANG MENENTUKAN BIJAKNYA SESEORANG TETAPI PENGALAMAN HIDUP...
Seperti yang sedia maklum saya mengambil jurusan pendidikan IT dan memilih matematik sebagai minor. Sekarang saya berada di semester lapan dan insyaAllah semakin menghampiri penamat bagi pengijazahan kali ini. Tambahan pula, saya telah tamat menjalani ROS selama 1 bulan dan praktikal selama 3 bulan di sekolah. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai pengalaman. yang saya peroleh samasa menjalani sesi amali di sekolah setelah 3 tahun menimba ilmu di UUM. Walaupun sesi pelajaran yang perlu saya terima di UUM masih belum tamat, saya sebagai pelajar pendidkan perlu sedaya upaya menjalankan tugas sebagai guru di sekolah dengan baik . Oleh itu, saya akan berkongsi sedikit pengalaman yang telah saya dapat semasa sesi praktikal yang telah dijalankan di sekolah. PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK... :)
GURU ICT |
GURU MATEMATIK |
Selama 3 bulan saya menajalani praktikal saya diberi subjek IT untuk kelas tingkatan 2. Terdapat pelbagai cara dalam menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini. Antaranya menyampaikan maklumat dalam bentuk atau software yang lebih menarik seperti video, prezi , lakonan dan sebagainya. Selain itu, di dalam subjek IT ini pelajar perlu membuat kerja amali seperti membina slide powerpoint, website , memenuhi maklumat dan pengiraan dalam excel, dan sebagainya. Walaubagaimana pun, masih ada pelajar yang belum mahir dalam penggunaan komputer di kelas. Oleh itu, setiap langkah yang ditunjukkan perlu di pamerkan di hadapan supaya pelajar tidak terkapai-kapai dalam penghasilan kerja yang di beri. Oleh yang demikian, saya berasa masih ada pelajar yang memerlukan pertolongan dalam mengetahui cara penggunaan komputer walaupun di era sekarang ramai remaja yang sudah mahir menggunakan pelbagai gajet. Ilmu IT yang di sampaikan bukan hanya untuk di dalam kelas semata-mata malah ilmu ini akan digunakan untuk kehidupan harian dan di masa akan datang. Keseluruhan pada sesi pengajaran subjek ini kebanyakan pelajar ingin menerokai dalam penggunaan komputer dan berminat untuk belajar apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu komputer, oleh itu guru perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik supaya semangat dan sifat ingin tahu mereka ini tidak di luntur dan di biarkan begitu sahaja dan di ambil kesempatan oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab dalam memberi ilmu yang salah dan tidak bermanfaat kepada pelajar.
|
Bagi subjek matematik pula, saya lebih banyak menggunakan papan hitam sebagai bahan bantu mengajar saya,kerana subjek ini perlu lebih teliti dalam menyampaikan kepada pelajar. Matematik adalah subjek yang paling ramai pelajar tidak suka, kerana perlu kira-kira. Walaubagaimana pun, guru yang kretif, insyaAllah akan dapat menarik minat pelajar dalam subjek ini. Selama saya menjalani praktikal, saya juga berpeluang untuk mencuba pelbagai cara untuk menyampaikan ilmu matematik ini kepada pelajar, antara membuat sesuatu aktiviti yang lebih dekat dengan kehidupan harian mereka dan mengaitkan aktiviti yang dilakukan tersebut dengan salah satu topik yang akan dipelajari pada hari itu. Selain itu, saya cuba untuk menyampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang lain seperti, manila kad, kertas mahjung dan sebagainya, bukan dengan hanya menujukkan sebentuk kertas atau kad yang kosong tetapi membuat bentuk dan warna untuk menarik minat pelajar bagi matapelajaran ini. Dalam menyampaikan ilmu pada pelajar bukanlah sesuatu perkara yang mudah , kerna setiap pelajar ada tahap pemikiran mereka tersendiri. Jadi guru perlu kreatif untuk seimbangkan semua pelajar dengan menggunakan teknik yang betul dan menarik. Akhir kata, setiap detik yang saya hadapi di sekolah adalah sesuatu kenangan yang manis dan pengajaran bagi saya. Setiap ilmu yang saya telah dapat di sekolah insyaAllah akan saya menambahbaik dan mengaplikasikan di masa akan datang.
|
| Laman Utama | Pengenalan | Falsafah | Bahan Pengajaran | Perkongsian | Blog |Galeri |
Copyright © 2015 by Shafiyah Sukri
| Copyright Statement | Privacy Policy | Disclaimer |